COVID-19: 18,560 kes baharu, 44 kematian

Bilangan kes positif baharu COVID-19 negara menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin apabila sebanyak 18,560 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi. Ia menyumbang kepada sejumlah 4,201,919 kes setakat ini.

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, sebanyak 18,253 kes sembuh juga dilaporkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,960,082 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 sejak Januari 2020.

Sehingga semalam, sebanyak 206,854 kes aktif dilaporkan, dengan sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di kediaman masing-masing iaitu membabitkan 201,420 individu.

Ia menjadikan setakat semalam sebanyak 34,983 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negara ini, dengan 7,381 adalah kes BID. Sebanyak 12 kematian dilaporkan di Perak termasuk tiga kes BID, disusuli 11 kes di Selangor, juga dengan tiga kes BID.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here