Pensyarah tular perlekeh pelajar direhatkan daripada tugas mengajar

Pensyarah wanita yang tular kerana memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba direhatkan daripada mengajar mula hari ini sehingga siasatan berkenaan insiden itu selesai.

Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi kenyataan siaran, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang diadakan semalam.

“Profesor Dr Roshana Takim mengarahkan tugasan pengajaran mulai 1 April sehingga siasatan selesai dilaksanakan oleh UiTM. Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur, kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja atau tidak boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga.

Katanya, UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran yang mengelirukan.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan warga akademik dan pelajarnya. Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan, jelas kenyataan itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba serta meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai gelang emas untuk membeli peralatan itu.

Semalam, satu dokumen dalaman UiTM iaitu laporan kronologi siasatan berkenaan kejadian turut tersebar. Susulan itu, UiTM membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang disediakan universiti itu mengenai insiden pensyarah kontraknya yang dipercayai memperlekeh penuntut B40 tular di media sosial.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor melaporkan berkata, laporan polis itu dibuat untuk melindungi pelajar dan kakitangannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here