Pasangan kekasih buang bayi ditahan polis

Klang: Polis menahan pasangan kekasih susulan penemuan satu mayat bayi lelaki di tempat pembuangan sampah di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penahanan itu dibuat pihaknya selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki jam 3.05 petang semalam yang memaklumkan menemukan bayi berkenaan di lokasi terbabit.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan kerjasama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. Siasatan awal mendapati, bayi itu di buang di tempat pembuangan sampah kondominium berkenaan.

Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang hadir ke lokasi mengesahkan bayi lelaki dianggarkan berusia empat bulan itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Vijaya Rao berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai suspek utama dan teman lelakinya seorang lelaki tempatan.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek yang berusia 30-an dan 40-an itu dibuat berhampiran lokasi kejadian jam 6.30 petang semalam. Kedua-dua suspek akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here