9,673 kes baharu COVID-19, jangkitan terus menurun

Bilangan kes positif baharu COVID-19 negara menunjukkan penurunan serta kembali mencatatkan kes di bawah 10,000, dengan sebanyak 9,673 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia menyumbang kepada sejumlah 4,372,697 kes setakat ini dengan data kes baharu kelmarin adalah sebanyak 10,413 kes.

Pada masa sama, data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, sebanyak 14,267 kes sembuh juga dilaporkan semalam berbanding kelmarin 13,202 jangkitan, sekali gus menyumbang kepada sejumlah 4,224,125 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 sejak Januari 2020.

Sehingga semalam, sebanyak 113,175 kes aktif dilaporkan, dengan sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di kediaman masing-masing iaitu membabitkan 110,385 individu atau sebanyak 97.5 peratus

Seramai 2,281 pesakit atau dua peratus pula menjalani rawatan di hospital dan 357 individu (0.3 peratus) lagi dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan sebanyak 21 kematian akibat COVID-19 semalam, dengan lima daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan setakat semalam sebanyak 35,397 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negara ini, dengan 7,478 adalah kes BID. Sebanyak lapan kematian dilaporkan di Perak termasuk tiga kes BID dengan disusuli tiga kes di Pulau Pinang termasuk satu BID.

Johor, Pahang, Selangor masing-masing mencatatkan dua kematian termasuk satu kematian di Johor adalah BID. Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kematian.

Lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu serta Labuan tidak mencatatkan kematian. Untuk rekod sepanjang April ini, bilangan kes terendah adalah pada 11 April lalu dengan merekodkan sebanyak 7,739 jangkitan, diikuti 8,112 kes pada 10 April dan 9,002 pada 12 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here