Dua mangsa terakhir bot karam ditemukan terapung

Semporna: Dua mangsa terakhir yang hilang dalam kejadian bot karam, kelmarin ditemui terapung berhampiran lokasi kejadian di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata, pagi ini.

Ini menjadikan keseluruhan tujuh daripada 21 penumpang bot itu akan berlaku dalam kejadian terbabit.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, mangsa Noranis Harimalam, 14, dan Aiman, 7, ditemui penduduk kampung pada 7.50 pagi.

“Kedua-dua mangsa ditemui serentak oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, di sini. Katanya, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut.

Semalam, Ketua Polis Daerah Semporna Superidan Mohd Farhan Lee Abdullah menyatakan berkata, lima individu maut, manakala dua hilang dan 14 individu lagi selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata dekat sini.

Juragan bot itu berusia 64 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian itu, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here