Debat Najib, Anwar 12 Mei ini

Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 12 Mei ini. Debat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) itu dijangka diadakan selama dua jam mulai jam 9 malam dan boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil pada sidang media bersama, berkata format debat itu merangkumi tiga bahagian. Pertama, berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB), sama ada ia perlu diselamatkan atau sebaliknya. Kedua, berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara serta ketiga adalah sesi soal jawab,” katanya.

Sementara itu, Isham berkata, penganjuran program itu menunjukkan kematangan politik Malaysia yang perlu membiasakan diri berdebat antara satu sama lain. Di negara maju, ahli politik mereka biasa berdebat. Ini kerana apabila mereka (wakil rakyat menang) dan masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, mereka perlu berhujah serta berdebat juga. Jadi, sebelum pilihan raya, elok sangat diadakan berdebat. Ia bukan untuk bergaduh, sebaliknya berkongsi hujah secara matang, katanya. Fahmi pula berkata, ramai pihak menantikan debat antara kedua-dua pemimpin terbabit.

Katanya, beliau yakin program berkenaan akan memberi peluang kepada rakyat menilai dan meraikan pandangan dalam suasana yang aman dan harmoni. Akhir-akhir ini ada pandangan serong terhadap ahli politik dan ahli Parlimen. Kita harap program debat ini boleh membuka hati rakyat untuk melihat corak politik negara yang lebih matang, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here