Anggota polis maut bertembung jip

Subang Jaya: Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah jip di Jalan Kampong Sri Cheeding, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, terbabit dalam kemalangan pada jam 4.45 petang.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bertugas. Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Puchong dan baru selesai tugas kereta peronda (MPV) kira-kira jam 4 petang dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Haji Koesnan, Kampung Sri Cheding, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abd Khalid berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. Mangsa dipercayai terjatuh di permukaan jalan raya selepas terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah jip. Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, katanya. Menurutnya, pemandu jip terbabit tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu melulu atau membahayakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here