Pemandu rentung, kereta terbabas

Subang Jaya: Pemandu rentung selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbakar di Jalan PJS 11, Bandar Sunway berhadapan pusat beli-belah Sunway Pyramid, dekat sini, malam tadi. Kejadian disedari orang awam sebelum melaporkan kepada Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerusi panggilan MERS 999 jam 7.57 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kereta dipercayai jenis Proton itu berada di pembahagi jalan dan terbakar. Kereta terbabit dipercayai terbabas sebelum terbakar sehingga menyebabkan kenderaan itu musnah sepenuhnya.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi dan berjaya memadamkan kebakaran,katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here