Pengawal keselamatan ceroboh bilik hotel

Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana menceroboh sebuah bilik hotel di bandar Kota Bharu, di sini, yang dihuni satu keluarga.

Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam Khamis lalu apabila keluarga itu pulang ke bilik hotel selepas keluar pada petang hari itu dan mendapati pintu bilik mereka gagal dibuka.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa menghubungi pihak pengurusan dan penyelesaian mengenai perkara itu. Sebaik berjaya dibuka, mereka mendapati seorang yang tidak dikenali berada dalam bilik lelaki terbabit.

Suspek berusia awal 20-an ditahan sebaik perkara itu dimaklumkan kepada kami dan hasil ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah methampethamine, katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 1.03 saat yang dimuat naik seorang individu memaparkan dakwaan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam bilik hotel. Mohd Rosdi berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit dadah.

Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 9 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK) yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan tampil membantu siasatan jika ada maklumat, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here