MyKid tak wajib – JPN

Sungai Petani, Okt 4.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan, kad MyKid yang dikeluarkan kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini, bukan dokumen yang wajib dimiliki.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman, berkata kira-kira 160,000 permohonan MyKid diproses JPN sejak 2021 dengan sekitar 40,000 dokumen itu sudah diserahkan, bergantung pada bekalan mikrocip yang diterima jabatan itu.

Beliau berkata, pemohon yang belum menerima MyKid bagaimanapun tidak perlu bimbang, kerana pemilikan dokumen itu tidak diwajibkan.

“Saya hendak menjelaskan bahawa MyKid bukan satu dokumen yang wajib ada. Yang paling penting dan perlu ada ialah sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here