Tiga Nelayan Ditahan Miliki Dadah Bernilai lebih RM13,000

Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi telah melancarkan satu serbuan di sebuah rumah di perumahan awam Taman Nilam Jalan Ayer Hangat dan menahan tiga lelaki dipercayai menyimpan dan memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata pemeriksaan mendapati tiga orang lelaki melayu yang sedang berada di lantai dan hasil pemeriksaan menjumpai lima belas paket plastik lutsinar berisi ketulan berwarna putih disyaki heroin seberat 231.70 gram dan 10 plastik lutsinar disyaki syabu dengan anggaran berat 51.00 gram.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha dari pihak IPD Langkawi dalam memastikan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah berbahaya ditumpaskan,” katanya semasa sidang media di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini baru-baru ini.

Menurut Shariman, nilai keseluruhan rampasan dadah bernilai lebih RM13 ribu ringgit.

“Nilai rampasan adalah sebanyak RM8,109.50 (heroin) dan RM5, 100 (syabu), dan ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai nelayan kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here