Bayi lelaki 11 bulan maut di rumah pengasuh

Kuala Lumpur: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kematian bayi lelaki di rumah pengasuhnya di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang mengenai kejadian itu.

Pihak Hospital Serdang menerima menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh. Keterangan daripada pengasuh sudah diambil.

“Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, bedah siasat sudah dijalankan hari ini di Unit Forensik Hospital Serdang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Setakat ini tiada sebarang tangkapan berlaku, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here