POLIS MENAHAN 15 INDIVIDU TERMASUK SEORANG PENJAWAT AWAM TERLIBAT DALAM PARTI LIAR

Petaling Jaya, Ogos 5- 

Polis menahan 15 individu selepas disyaki terbabit dalam parti liar di sebuah kediaman di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur, hari ini.

Semua suspek berusia 17 hingga 45 tahun termasuk seorang penjawat awam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan pada 1 pagi itu berjaya menahan 15 individu terdiri daripada sembilan wanita dan enam lelaki.

Katanya, pemeriksaan menemui kesan penggunaan dadah selain pembesar suara dan lampu disko.

“Mereka turut melakukan kesalahan mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana melakukan aktiviti sosial.

“Semua tangkapan warga tempatan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan.

Zainal berkata, 11 orang didapati positif dadah, iaitu tiga lelaki dan lapan wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here