Nik Ezanee kembali ke lapangan

Kuala Lumpur: Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal akan kembali bertugas ke lapangan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor akan bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman. Nik Ezanee yang bertugas sebagai ADC kepada Perdana Menteri sejak Disember tahun lalu enggan mengulas mengenai perkara itu ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan beliau masih menunggu arahan rasmi untuk melapor diri di Bukit Aman yang difahamkan pada awal Jun ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid ketika dihubungi, mengesahkan bahawa arahan pertukaran itu sudah dikeluarkan pihak atasan PDRM.

“Ya, arahan pertukaran sudah dikeluarkan dan dia sepatutnya perlu melaporkan diri sebelum atau pada 20 Jun ini untuk tugas baharu di Bukit Aman. Dia (Nik Ezanee) akan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa JPJKK di Bukit Aman, katanya. Katanya, ketika ini, sudah ada pegawai baharu yang menggantikan tugas Nik Ezanee sebagai ADC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here