Genting Malaysia Bhd Pemilik Equanimity

PUTRAJAYA –

Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibuka khas untuk tujuan itu, kata Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau berkata harga penuh bagi pembelian itu telah dibayar dalam tempoh ditetapkan,
katanya semasa berucap merasmikan Tahun Undang-Undang 2020, di sini, hari ini.

Thomas berkata semuanya dilakukan secara terbuka, telus dan berakauntabiliti.

“Setiap orang yang terlibat dalam pentadbiran keadilan patut berbangga dengan pelaksanaan undang-undang dalam memperoleh aset negara itu untuk manfaat awam,” katanya.

Kapal layar itu dipercayai dibeli oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, pada harga US$250 juta yang didakwa menggunakan wang dikaitkan dengan 1MDB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here