Bintang Goodfellas meninggal dunia dalam tidur

LOS ANGELES: Aktor Hollywood, Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur di Republik Dominican ketika sedang menjalani penggambaran filem Dangerous Waters pada usia 67 tahun, semalam.

Berita pemergian pelakon filem klasik, Goodfellas dan Field of Dreams itu disahkan oleh wakil agensi penerbitan, Jennifer Allen.

Mengikut laporan CBS News, Allen memberitahu, Liotta berada di Republik Dominican menjalani penggambaran filem Dangerous Waters bersama pelakon, Eric Dane, Odeya Rush dan Saffron Burrows. Kami sedih mengetahui pemergian Liotta.

Ia adalah satu kehilangan besar. Salam takziah kepada ahli keluarga, tunang dan anak perempuannya kata penerbit filem Dangerous Waters.

Liotta yang terkenal dengan watak Henry Hill dalam filem klasik, Goodfellas yang juga salah satu filem terhebat abad ke-20 bergandingan bersama aktor, Robert De Niro dan Joe Pesci.

Filem Goodfellas memenangi satu Anugerah Oscar dan dicalonkan untuk lima kategori lain. De Niro berkata, dia sangat sedih mendengar berita pemergian Liotta. Dia terlalu muda untuk meninggalkan kami. Semoga berehat dengan tenang kata De Niro.

Sementara itu, Lorraine Bracco yang membawa watak isteri dalam filem Goodfellas turut memberi penghormatan kepada Liotta. Di mana berada di seluruh dunia, ada sahaja memberitahu filem kegemaran mereka adalah Goodfellas.

Kemudiannya, mereka selalu bertanya apakah bahagian terbaik dalam filem ini. Jawapan saya, sentiasa berada di sisi Ray Liotta tulisnya menerusi laman Twitter.

Liotta turut membintangi filem Field of Dreams dan beberapa siri televisyen termasuk Shades of Blue dan memenangi Anugerah Emmy pada 2005 bagi kategori pelakon pembantu menerusi drama ER.

Hancur hati mendengar berita kematian Liotta. Walaupun meninggalkan legasi luar biasa, Liotta akan sentiasa menjadi ‘Joe Jackson tanpa kasut’ di hati saya,” tulis bintang utama filem Fields of Dreams, Kevin Costner. Terdahulu, Liotta meninggalkan tunang, Jacy Nittolo dan anak perempuan, Karsen Liotta. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here