Kilang proses tauhu terbakar

Kuching: Kilang memproses tauhu di Jalan Ellis, di sini hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 7.22 pagi.

Katanya, 24 anggota daripada tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, BBP Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang diarah ke lokasi sejurus panggilan itu. Setibanya di lokasi, didapati kebakaran berlaku di stor penyimpanan barang dan mesin pemprosesan dianggarkan musnah 30 peratus, namun api merebak ke rumah pekerja yang menyebabkan enam unit musnah, katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada 7.47 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan nilai kerugian masihi dalam siasatan,katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here