Dua maut, kereta terperosok belakang treler

Temerloh: Dua maut selepas kereta dinaiki kemalangan dengan treler di Kilometer (KM) 126 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur pada jam 2.47 pagi, hari ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sharin Nazrin Ghazali berkata, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh segera ke lokasi sebaik dimaklum kejadian dan mendapati kereta jenis Perodua Myvi terperosok di belakang treler.

Katanya, dua mangsa iaitu lelaki dan wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dua yang maut dalam kereta itu adalah Tan Wee Li (39 tahun) beralamat di Taman Dahlia, Cheras, Kuala Lumpur dan Nur Susilawati Che Deraman (35 tahun) beralamat di Taman Impian, Kuantan.

Kedua-dua mangsa tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan alatan khas, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya. Menurutnya, pemandu dan kelindan treler tidak cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here