KPN Bertekad Untuk Wujudkan SRN di Semua IPT

JOHOR BAHRU –

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, SRN yang akan diwujudkan di semua IPT itu antara harapan kementerian supaya mahasiswa akan dapat menjadi duta perpaduan.


Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan penubuhan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di semua institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Di universiti, mahasiswa terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Mudah-mudahan universiti akan menjadi satu tapak integrasi yang boleh mewujudkan apa yang diharapkan dalam agenda perpaduan nasional,” katanya.
SRN adalah program di bawah KPN yang mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan bermula tahun ini, pihak kementeriannya sudah mula memberikan sebahagian geran kepada SRN di IPT.
“Tahun ini kita dapat beri sebahagian sahaja geran ini, , tahun hadapan kita akan tambahkan lagi geran” katanya.
Pada masa yang sama, Program Debat Perpaduan Keluarga Malaysia ini merupakan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Sekretariat Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini mampu mengasah bakat dan membentuk pemikiran mahasiwa secara holistic.
Debat tersebut juga dapat meningkatkan aspek pemahaman dan penerimaan mahasiswa terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia.

Adalah menjadi hasrat Kementerian supaya program seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan.
“Selain itu, pertandingan debat ini juga diadakan bagi menyemarakkan dan menyuburkan budaya pengucapan awam di samping dapat memupuk mahasiswa supaya lebih bergiat aktif dalam menyertai program-program kenegaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pertandingan debat itu juga merupakan satu inisiatif pihak kementeriannya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan mahasiswa dan menjadi medium membentuk pemikiran tentang pentingnya keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Menurutnya, tema pertandingan yang dibawa iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, merujuk kepada masyarakat berbilang kaum yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia, penglibatan dan sumbangan generasi muda sangat diperlukan dalam memperkukuhkan semangat perpaduan terutamanya dalam kalangan para mahasiswa.

Kementerian Perpaduan Negara katanya, sentiasa akan menyokong dan menggalakkan penganjuran program berimpak tinggi seperti ini.

Beliau berkata, seramai 120 pembahas melibatkan 30 pasukan dari IPT seluruh negara telah mengambil bahagian dan merakam ucapan terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan program itu.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) muncul Johan dalam pertandingan akhir Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara ini

Kemenangan itu melayakkan Muhammad Nadjawan Mohd Mayan, Aiesya Salsabila Mohd Radzuan, Muhammad Amirul Izwan Ismail dan Ali Hydar Hafiazi membawa pulang Geran Aktiviti Sekretariat Rukun Negara (SRN) berjumlah RM20,000; wang tunai RM5,000; piala pusingan, trofi dan sijil.

Pada masa yang sama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menjadi Naib Johan menerusi Nurul Hannan Badariah Abd Mutalib; Mohd Zhariff Mohd Tun; Saidah Nafisah Omar dan Muhamad ‘Aqil Mujahid Mukhtar.

Mereka membawa pulang Geran Aktiviti SRN berjumlah RM10,000; wang tunai RM3,000, trofi dan sijil.

Pendebat Terbaik (Akhir) pula menjadi milik Muhammad Nadjawan yang membawa pulang wang tunai RM1,000; trofi dan sijil.

Pusingan awal debat tersebut diadakan pada 6 dan 7 Ogos lalu secara dalam talian serta disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan YouTube Kementerian Perpaduan Negara.

Sementara pusingan suku dan separuh akhir telah berlangsung pada Jumaat di UTM manakala pusingan akhir diadakan pada Sabtu. Nur Hannani Zulkifli telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan

Pusingan awal debat tersebut diadakan pada 6 dan 7 Ogos lalu secara dalam talian serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan YouTube Kementerian Perpaduan Negara. Nur Hannani Zulkifli telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM1,000; trofi dan sijil.

Sementara pusingan suku dan separuh akhir telah berlangsung pada Jumaat di UTM manakala pusingan akhir diadakan pada Sabtu. Lima IPT telah berdebat di peringkat separuh akhir iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), IPG Malaysia, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here