6 maut, van persiaran terbabas di Jalan Genting Highlands

Enam maut apabila van persiaran yang dinaiki mereka terbabas di KM4.8 Jalan Genting Highlands. Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari tadi membabitkan 12 wanita dan dua lelaki.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan ‘Rescue tools’ sebelum mangsa cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut, katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here