PRU-15: Tidak boleh potong gaji, kenakan penalti pekerja keluar mengundi

Putrajaya: Majikan tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menegaskan perkara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selaras dengan peruntukkan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan itu boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan. Kementerian menggesa semua majikan memberi kebenaran kepada pekerja untuk menunaikan tanggungjawab mereka katanya.

Saravanan berkata, majikan perlu berbincang dengan pekerja berkenaan opsyen untuk pemberian ‘time-off,’ hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Menurutnya, jika pekerja mengundi di tempat pengundian berdekatan, majikan boleh memberikan ‘time-off’.

Majikan juga boleh memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian jauh. Bagi pekerja yang memerlukan lebih satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian dan undi pos pada 15 November.- My Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here