Thiban dan Taniesrao maut, dua cedera kereta terbabas

ISKANDAR PUTERI: Dua daripada empat sahabat maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di Plaza Tol Lima Kedai di sini, awal pagi ini. Dua mangsa yang maut dikenali sebagai E Thiban, 25 dan A Taniesrao, 30, manakala dua lagi cedera, R Shantihasheelan, 26, dan R Kohlilan, 29.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert, berkata sepasukan 14 anggota daripada BBP Iskandar Puteri dan BBP Skudai dibantu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada BBP Iskandar Puteri serta BBP Skudai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 4.36 pagi.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati bahawa terdapat kereta Toyota Vios yang terbabas dan remuk. Kami menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan mengeluarkan kesemua mangsa katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai perubatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here