POLIS MENUMPASKAN SINDIKET YANG TERLIBAT DALAM PENJUALAN DAN PENGEDARAN DADAH

 Kuala Lumpur, Sept 20 –

Polis berjaya merampas sebanyak 174 guni mengandungi serbuk berwarna perang atau nama saintifiknya, ephedrine – sejenis kimia yang digunakan untuk menghasilkan metaphethamine dan methyl​enedioxy-​methamphetamine (MDMA).

Rampasan itu dibuat selepas polis melakukan beberapa siri serbuan sebelum menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam pengedaran dan penjualan dadah jenis kokain ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, pasukannya dan JSJN Selangor telah melakukan serbuan di tujuh lokasi berlainan iaitu enam di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Dalam siri serbuan itu, pihaknya berjaya menahan tujuh suspek sindiket terbabit antara 10 hingga 16 September lalu.

Kesemua suspek terdiri daripada dua individu tempatan termasuk wanita dan lima warga asing termasuk seorang wanita berusia lingkungan antara 27 hingga 57 tahun dan berjaya menemui dadah jenis kokain sejumlah 4.87 kilogram bernilai lebih RM50 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here