Kucing RM10,000 disamun

Kuala Lumpur, Feb 23.
Seorang penjual haiwan peliharaan bukan sahaja kehilangan dua kucing bernilai RM10,000, malah cedera ditetak dalam kejadian samun di Bandar Utama, Ahad lalu.

Mangsa, Ryan Cheah, 26, menerima 36 jahitan akibat kecederaan pada kaki dan tangan kerana ditetak dengan parang. Cheah berkata, kejadian berlaku pada pertemuan kali kedua dengan suspek selepas turut menjual seekor kucing pada 10 Feb lalu.

Katanya, suspek menghubunginya semula beberapa hari kemudian dan memaklumkan ingin membeli dua lagi kucing. Dia dan teman wanitanya ke lokasi dijanjikan iaitu di sebuah perhentian bas, pada 7.30 malam hari kejadian. Cheah kemudian bercakap dengan individu itu dan masuk ke dalam keretanya.

Ketika itu, dia mengeluarkan pisau dan meminta Cheah memindahkan semua wang ke dalam bank miliknya, katanya .Seorang lagi penjenayah mengambil dua kucing masing-masing baka ‘British Short Hair’ dan ‘Munchkin’ daripada teman wanita, katanya.

Ketika itu, Cheah ambil peluang untuk melarikan diri dengan membuka pintu kereta dan cuba keluar, namun lelaki berkenaan mengacukan parang dan menetak. Mangsa kemudian berjaya keluar dari kenderaan suspek sebelum mereka melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya Mohd Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dan sudah membuat tangkapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here