IWK E-BILL JER! : DAFTAR IWK E-BILL DAN TERIMA RM2.00 REBAT MELALUI BIL PEMBETUNGAN ANDA YANG AKAN DATANG

KUALA LUMPUR

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menganjurkan kempen rebat IWK e-Bill Jer! Daftar bil pembetungan secara digital dan dapatkan rebat RM2.00 dalam bil pembetungan anda yang seterusnya.

Dengan beralih kepada bil elektronik, bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran kertas dan kesannya terhadap alam sekitar, malah anda dapat menikmati sistem pengurusan bil yang lebih lancar, dan terus ke telefon anda.

Mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2023, setelah mendaftar e-bil, anda layak menerima rebat yang akan dimasukkan ke dalam bil pembetungan akan datang. Rebat ini tidak boleh dipindah milik dan hanya digunakan dalam satu akaun sahaja.

“Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam terus menyediakan perkhidmatan yang cekap, seiring dengan usaha melestarikan alam sekitar. Dengan mengikut perubahan arus digital, kita mampu meningkatkan kemudahan kepada pelanggan, yang sekali gus dapat mengurangkan impak jejak karbon individu.

“Tiada lagi masalah untuk menyusun timbunan kertas dengan adanya kemudahan pembayaran bil pembetungan elektronik yang lebih cekap,” kata Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pendaftaran bagi perkhidmatan e-bil IWK adalah pantas dan mudah! Imbas sahaja kod QR e-Bil pada bil pembetungan Julai – Disember 2023 anda, atau layari www.iwk.com.my/e-bill atau anda boleh muat turun aplikasi Indah Water pada telefon pintar anda dan ikuti arahan untuk mendaftar. Selepas mendaftar, anda akan menerima bil pembetungan melalui e-mel dan tiada lagi bil kertas.

Selain kempen rebat IWK e-Bill Jer!, IWK turut menawarkan rebat tunai RM2.00 kepada pelanggan yang membuat pembayaran minimum RM60.00 melalui TnG eWallet, mulai 1 Julai 2023 hingga 31 Ogos 2023. Promosi ini terhad kepada 20,000 pelanggan pertama sahaja!

Bagi menggalakkan pelanggan menerima kaedah pembayaran secara digital, insentif eksklusif ini tertakluk kepada semua pelanggan yang menggunakan TnG eWallet untuk membayar bil pembetungan mereka. Ini adalah sebahagian daripada usaha IWK untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan kemudahan pembayaran bil.

Terima penyata bil hanya di hujung jari dan lalui pengalaman pembayaran yang lebih mudah dengan e-bil IWK. Lebih menarik dengan penggunaan aplikasi Indah Water yang memudahkan anda untuk menyemak penyata bil, proses pembayaran yang pantas dan dapatkan maklumat terkini.

Rebut peluang untuk nikmati rebat ini dan sertai kami bagi mengurangkan penggunaan kertas, demi merealisasikan aspirasi ‘bumi hijau’.Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan langkah pendaftaran bagi e-bil, sila layari www.iwk.com.my.

Dikeluarkan Oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat, Indah Water Konsortium
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Wan Esuriyanti atau Melissa Norris
di esuriyanti@iwk.com.my atau melissa@iwk.com.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here