Pusat pelancongan haram di Cameron Highlands diroboh

Kuantan, Ogos-
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan meroboh sebuah pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands pada Isnin.

MDCH dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, operasi bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.Operasi turut disertai kakitangan MDCH, jabatan dan agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP),Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB).

“Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands ditugaskan untuk kawalan keselamatan sepanjang operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan,” jelas MDCH melalui kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here