Nombor Pendaftaran Istimewa M1M dibida RM622,000

Putra Jaya, Sep 8
Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) yang dibuka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu M1M direkodkan dibida dengan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM622,000.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pada masa sama, NPI yang dibuka untuk bidaan bermula 31 Ogos sehingga 4 September lalu turut merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.

NPI M5M yang berada ditempat kedua tertinggi pula dibida dengan harga RM500,000.

Selanjutnya, M8M dengan nilai RM450,000 selain M9M dengan nilai RM402,004 dan M6M dengan nilai RM350,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here