Angkara Ribut Daniel: Beribu-ribu maut Di Libya

Derna, Sep 13
Angkara ribut Daniel, beribu-ribu mangsa terbunuh dan sekurang-kurangnya 10,000 orang hilang di Libya. Banjir selepas ribut mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Ribut Daniel yang merentasi Mediterranean hingga memusnahkan satu perempat daripada pantai timur bandar Derna.

Menurut siaran televisyen tempatan menganggarkan jumlah korban melebihi 5,000 mangsa. Di Derna, sebuah bandar dengan sekitar 125,000 penduduk dikhuatiri musnah sama sekali menjadi mangsa wartawan Reuters melaporkan beberapa perkampungan musnah sama sekali. Di beberapa perkampungan di kawasan tersebut musnah sekaligus dengan bangunan ranap dan kereta dihanyutkan dalam banjir.

Jalanan di kawasan terbabit pula dipenuhi lumpur tebal akibat dihanyutkan dari empangan di Derna yang pecah akibat dilanda Ribut Daniel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here