Demonstrasi Akan Cemarkan Sambutan Hari Malaysia

Kota Kinabalu, Sep 13
Demonstrasi ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu ini hanya menjejaskan sambutan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh keharmonian di kalangan rakyat.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah, Mustapha Sakmud, berkata sambutan Hari Malaysia tidak sepatutnya dicemari dengan demonstrasi atau himpunan yang bertentangan dengan nilai sejarah pembentukan negara ini.

Katanya, sambutan Hari Malaysia ke-60 pada tahun ini amat bermakna dan sepatutnya dijadikan contoh mulia untuk mendidik generasi muda mengenai sejarah dan intipati pembentukan Malaysia serta cara perancangan agenda masa depan negara.

Mengajak generasi muda untuk turun berdemonstrasi pada sambutan Hari Malaysia bukan saja tidak menghormati perayaan nasional ini tetapi memberi isyarat yang tidak baik kepada generasi muda negara ini katanya melalui kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here