Isteri Maut Dera – Suami Tahan

Jeram, Sep 13
Seorang wanita meninggal dunia disyaki didera oleh suaminya di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 Sept lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa.

Beliau berkata pihak polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan tentang seorang wanita berusia 38 tahun yang tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia pada kira-kira 4 petang.

Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejurusnya polis telah membuat tangkapan terhadap suspek iaitu suami mangsa berumur 35 tahun pada keesokannya dan ditahan reman selama tujuh hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here