Enggan guna jejantas Kena saman

Kuala Lumpur, Sep 13
Seramai 40 individu termasuk warga asing ditahan dan dikompaun kerana melakukan kesalahan lalu lintas kerana tidak menggunakan jejantas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan membuat Operasi Tindakan Khas Jejantas di kawasan terbabit pada tengah hari.

DBKL berkata, pemantauan dan pemerhatian sebelum itu dilakukan oleh Pasukan Warden Trafik DBKL di beberapa kawasan tumpuan (hotspot) di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur membuat Operasi Tindakan Khas Jejantas di kawasan terbabit pada tengah hari. Katanya, ia berkaitan perbuatan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas, terutamanya membabitkan individu yang melintas jalan utama dengan tidak menggunakan jejantas. Menurutnya, tindakan mereka mengundang ancaman kemalangan dan kecederaan fizikal mahupun boleh mengakibatkan kematian.Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here