Lelaki Bangladesh Diburu : Langgar Maut Penunggang Motosikal

Kuala Selangor, Sep 13
Seorang lelaki warga Bangladesh giat diburu oleh polis kerana disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan Teluk Piah Kanan, di Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kejadian jam 8.30 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu kereta Proton Waja dan motosikal Honda EX5.

Beliau berkata, penunggang motosikal adalah lelaki tempatan berusia 33 tahun. Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Bukit Rotan. Tiba di lokasi, Proton Waja yang datang dari arah belakang melanggar motosikal itu menyebabkan mangsa tercampak atas jalan. Pemandu kereta kemudian dipercayai keluar dari kenderaannya dan bertindak melarikan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here