Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

Kuala Lumpur, Sep 13
Roti canai yang menjadi makanan pilihan utama rakyat Malaysia diiktiraf sebagai roti terbaik dunia. CartaTasteAtlas menyenaraikan roti canai sebagai roti terbaik di duniya dengan tempat pertama di kalangan roti teratas dalam terbitan carta 50 teratas dalam TasteAtlas.

TasteAtlas sebuah laman antarabangsa yang menjadi panduan pelancongan dalam talian, memfokuskan makanan dan memaparkan ulasan serta cadangan daripada golongan profesional dan pengkritik masakan di seluruh dunia.

Roti canai adalah roti leper goreng yang popular di Malaysia, disediakan dengan adunan tepung, air dan telur yang kemudiannya menjadi doh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here