SOP Pengambilan Pekerja Asing Untuk 3 Sektor

Putrajaya, Sep 14.
Untuk memperincikan prosedur pengambilan pekerja asing bagi subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas, akan bermesyuarat minggu depan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata sebaik sahaja semua prosedur diperincikan, permohonan bagi mengisi kuota dibenarkan bagi tiga subsektor berkenaan akan dibuka.
Buat masa ini, permohonan masih belum dibuka. Beliau berkata permohonan terbabit akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Minggu depan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan bermesyuarat untuk memperincikan prosedur, sebelum membuka dan memproses permohonan baharu untuk subsektor terbabit kata menteri selepas menyempurnakan Seminar Memerangi Buruh Paksa di Malaysia, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here