Kerajaan akan lancar Jualan Rahmah beras

Petaling Jaya, Sep 18.
Untuk membantu golongan tidak berkemampuan, kerajaan akan melancarkan Jualan Rahmah beras dalam masa terdekat .

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, berkata pihaknya akan mengumumkan mekanisme berkaitan pelancaran program itu nanti. Kementerian cuba cari jalan cara penyelesaian dalam ruang lingkup bidang kuasa kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan tiada beras tempatan seperti didakwa, katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2023-2025.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan meskipun harga beras import dari India meningkat sebanyak 40%.

Media sebelum ini melaporkan, harga beras dunia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun selepas pengeksport utama, India menyekat penghantaran beras putih bukan basmati hujung Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here