Lelaki Maut Dihempap Barbel 100 kg

 

Beijing, Sep 18.
Seorang lelaki meninggal dunia  selepas lehernya patah akibat dihempap barbel seberat 100 kilogram di Wuhan, China,

Lelaki dikenali Zhang berusia 25 tahun itu bergelut untuk mengangkat barbel lebih 100 kg di dalam gimnasium dekat Wuhan, wilayah Hubei, China, tanpa pemantauan, kira-kira 3 petang Khamis lalu.The Straits Times memetik China Press melaporkan, kisahnya mendapat perhatian selepas tular satu video berdurasi 29 saat di media sosial di negara itu.

Rakaman video menunjukkan lelaki Dalam tempoh 25 saat, Zhang berusaha untuk menyelamatkan diri dan pada satu ketika, lelaki itu dilihat cuba menanggalkan tali pinggang angkat berat yang dipakainya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih parah apabila Zhang mengalami kekejangan yang teruk dan sukar bernafas.

Keadaannya itu hanya disedari orang lain lebih seminit kemudian, sebelum dua pekerja pusat gimnasium berlari ke arah Zhang untuk mengangkat barbel itu.

Zhang dikejarkan ke hospital, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia.
pemantauan dan polis sedang menyiasat kes berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here