12 kenderaan Langar – Dua maut, tujuh cedera

Putra Jaya, Sep 20.
Dua maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara di Putra Jaya hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata nahas jam 10.20 pagi membabitkan dua lori, enam kereta dan empat motosikal dari arah Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan enam kereta, tiga motosikal, satu motosikal pengiring polis dan dua lori.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian menunjukkan kenderaan telah berhenti dalam barisan dan sebuah trailer dari arah belakang telah mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan terus merempuh kenderaan di hadapan. Katanya, akibat kemalangan dua lelaki disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Siasatan mendapati, kerosakan brek yang dialami oleh lori itu mengakibatkan ia gagal dikontrol semasa belok dan terus merempuh kenderaan di depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here