Polis rakam keterangan Muhyiddin berkait isu 3R

Petaling Jaya, Sep 12
Polis merakam keterangan Muhyiddin Yassin dipercayai berkaitan tuduhan bekas perdana menteri itu menyentuh isu kaum, agama dan raja atau 3R menjelang PRK Johor pada 9 Ogos lalu.

Difahamkan, pegawai polis mengambil keterangan pengerusi Perikatan Nasional itu di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Kuala Lumpur. Pada minggu lalu, Muhyiddin dalam satu ceramah dilaporkan berkata ‘haram’ mengundi calon PH di PRK Parlimen Pulai Suhaizan Kayat.

Beliau mendakwa kenyataannya itu dipetik di luar konteks dan dimanipulasi untuk mengelirukan orang ramai.

Muhyiddin juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendakwa orang Melayu sudah hilang kuasa, dan kerajaan ketika ini dilihat tidak memahami masalah yang dihadapi orang Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here