Bas ekspres dua tingkat terbabas -Tiga maut

Lipis, Sep 20
Sebuah Bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampug Kubang Rusa di Merapoh awal pagi tadi. Tiga orang meninggal dalam nahas itu. Antaranya adalah seorang anggota bomba. Mangsa yang maut Mohd Syukri Mat Noor, 55, seorang anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Krai, pemandu bas, Ab Aziz Daud, 56, dan seorang warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41.

Pemandu bas kedua, Che Bukhari Che Mat, 39, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata kejadian jam 1.55 pagi berlaku ketika bas yang dinaiki 18 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur. Siasatan awal mendapati, ketika sedang melalui satu selekoh, bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here