Bekalan Gula Pula Dijangka Kurang?

Petaling Jaya, Sep 20.
Rakyat yang sedang berdepan kekurangan beras tempatan dijangka menghadapi masalah kekurangan gula pula.

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin berkata ini kerana, harga pasaran antarabangsa gula pula mula naik sekarang.Selepas kekurangan beras tempatan, krisis yang akan datang adalah gula. Sebab gula juga ada harga kawalan, iaitu 1kg RM2.85. Tapi, harga gula antarabangsa sekarang dah naik antara RM3.60 hingga RM3.80 untuk 1kg (bagi beg 50kg). Logiknya, kalau harga beza, akan berlaku ketirisan.

Sekarang pun sudah ada pasar raya yang meletakkan had pembelian lima peket saja. Maknanya, apabila sudah ada had, ada masalah, katanya menurut Harian Metro.

Justeru, beliau menyeru kerajaan mengambil tindakan segera sebelum masalah itu berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here