Wanita Dihukum Penjara Kerana Babi

Jakarta, Sep 20.
Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda 250 juta rupiah (RM76,046.86) atas dakwaan menghina Islam apabila membaca doa sebelum makan daging babi.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Indonesia semalam.Video wanita muslim itu tular di TikTok dan turut mendapat krtikan secara meluas.

Lina Mukherjee, 33, didapati bersalah menyebarkan maklumat bertujuan mencetuskan kebencian terhadap agama dan kumpulan tertentu di bandar Palembang di Sumatera Selatan.

Ia berlaku selepas seorang penduduk melaporkan video Mukherjee yang dimuat naik pada Mac itu mendapat jutaan tontonan, yang mana dia melafazkan doa yang diterjemahkan kepada ‘dengan nama Allah’, sebelum memakan kulit babi yang rangup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here