Guru tampar murid kerana silap masuk barisan

Kuala Selangor, Sep-
Hanya kerana tersalah masuk barisan, seorang murid Tahun Dua ditampar guru lelaki di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.

Kejadian berlaku ketika murid lelaki berusia lapan tahun selesai menjalani latihan rumah sukan dan diminta beratur mengikut kelas masing-masing sebelum pulang ke rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, ibu mangsa yang mengambil anaknya itu kira-kira jam 5.50 petang menyedari bengkak pada pipi kanan, dengan mangsa turut mengadu pipinya sakit.

“Apabila pengadu bertanya, mangsa memaklumkan ditampar seorang guru lelaki kerana tersalah masuk barisan.

“Pengadu kemudian membawa anaknya ke sebuah klinik swasta dan doktor memaklumkan pipi mangsa sakit disebabkan kesan pukul,” Mohd Ambia berkata, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Jeram dan siasatan awal mendapati murid Tahun Dua itu tersalah kelas dan ingin masuk semula ke barisan kelasnya katanya melalui kenyataan.

“Semasa sedang berjalan, guru lelaki terbabit menampar mangsa menggunakan tangan kanan secara ‘back hand’ sebanyak satu kali.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang dan ulasan doktor terdapat ‘soft tissue injury’ (kecederaan tisu lembut),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here