Bekas ADUN Tronoh kekal dipenjara, sebat

Kuala Lumpur, Okt-
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong kekal menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan dua sebatan kerana merogol pembantu rumahnya, enam tahun lalu hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan terakhir bekas exco Perak Paul Yong, yang mencabar sabitannya atas tuduhan merogol pembantu rumah Indonesia miliknya enam tahun lalu.

Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan sabitan terhadap Yong adalah sah dan mengarahkan beliau memulakan hukuman penjara lapan tahun serta-merta.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong, 54, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Keputusan sebulat suara itu, dibuat panel tiga hakim diketuai yang Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas menolak rayuan Paul Yong, 55, terhadap sabitan dan hukuman kerana kesalahan itu.

Beliau yang bersidang bersama-sama hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah turut mengekalkan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan pada 1 Mac tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here