Terowong Genting ECRL – Terowong tren terpanjang di Asia

Bentong, Sep 27.
Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer dalam Seksyen 7 Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merentasi Pahang ke Selangor, adalah terowong landasan tren terpanjang di Asia.

Pembinaan landasan di Seksyen 7 turut membabitkan pembinaan landasan subgrades sejauh 19.24km dan 23 jambatan sepanjang 14.84km serta 12 terowong sepanjang 22.65km.

Pegawai Perhubungan Awam ECRL Seksyen 7, S Thilakumar berkata antara 12 terowong, Terowong Genting yang sedang dalam pembinaan adalah landasan tren terpanjang di Asia sepanjang 16.39km.

Ketika ini terowong jenis berkembar itu sudah mula menjalankan operasi penggerudian menggunakan Tunnel Boring Machine 1 (TBM1) bermula Jun 2022 dan TBM2 pada November 2022 untuk menembusi Banjaran Titiwangsa di Bukit Tinggi dan keluar di bahagian negeri Selangor berdekatan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here