Kes rogol babitkan remaja meningkat

Kuala Lumpur, Feb.
Jumlah kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur 16 tahun yang meningkat sejak kebelakangan semakin membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Menurutnya, walaupun atas dasar persetujuan bersama, namun perbuatan yang dalam istilah undang-undang dirujuk sebagai ‘statutory rape’ itu tetap diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana melibatkan pelaku bawah umur.”Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia , terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lepas berbanding pada tahun 2022,” katanya dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.

Beliau berkata, paling menggusarkan ialah kebanyakan kes melibatkan golongan B40, dan menurutnya antara faktor jenayah ini berlaku adalah kurang penyeliaan ibu bapa, selain akses mudah kepada bahan lucah di internet.

Katanya dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak serta perlu celik teknologi maklumat bagi mengawal penggunaan internet untuk mengelak daripada anak-anak mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.

Perubahan landskap komunikasi tanpa sempadan dan akses yang mudah memberi kesan ketara kepada golongan kanak-kanak sehinggakan boleh mengakses bahan-bahan terlarang tanpa kawalan dan akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here