3 warga Sri Lanka dibunuh 4 rakan suspek utama diberkas

Kuala Lumpur, Oct 2.
Empat lelaki ditahan kerana disyaki melindungi dua suspek utama kes bunuh tiga warga Sri Lanka di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, empat suspek terbabit iaitu tiga warga Sri Lanka dan seorang Pakistan, diberkas di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut beliau, keempat-empat mereka adalah rakan suspek utama.

Keseluruhannya lapan individu ditahan bagi membantu siasatan termasuk ibu bapa kepada seorang mangsa. Kita akan sambung reman terhadap kesemua suspek dan berharap dapat selesaikan siasatan dalam minggu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here