Empat sekeluarga dikhuatiri hilang

Besut, Okt 3.
Empat sekeluarga iaitu seorang wanita, anak lelaki dan dua cucunya dikhuatiri hilang kerana gagal dihubungi selepas bercuti di Pulau Perhentian di sini hujung minggu lalu. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata wanita itu dikenali sebagai Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga dikesan keluar dari pulau peranginan itu, kelmarin.

Katanya, ahli keluarga tidak dapat menghubungi wanita itu bersama anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd Saiful, 4, sejak Sabtu lalu.

Siasatan mendapati semua mangsa pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September menginap di sebuah resort serta mendaftar keluar pada 1 Oktober jam 8 pagi, katanya. Abdul Rozak berkata, siasatan mendapati semua mangsa mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu.

Pengendali bot memaklumkan telefon ibu serta adik pengadu terkena air dan tidak dapat dihidupkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here