Adakah Mungkin Jawatan Timbalan menteri Pendidikan ke MIC?

Petaling Jaya, Okt 4
MIC yang kerap memegang jawatan timbalan menteri pendidikan sehingga kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada 2018, bakal diserahkan semula portfolio itu apabila rombakan Jemaah Menteri diumumkan kelak, menurut sumber.

Sumber berkata, selain itu tambahan dua lagi timbalan menteri berbangsa India daripada PKR serta DAP dilihat sebagai antara langkah kerajaan perpaduan susulan hilang undian golongan India dalam pilihan raya baru-baru ini. Satu sumber berkata, parti menyerahkan dua nama kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan bagi satu jawatan menteri, dan timbalan menteri pendidikan.

Timbalan Presiden MIC M Saravanan dicalonkan untuk satu jawatan menteri, manakala Ketua Biro Pendidikan parti, Nelson Renganathan dicadangkan bagi jawatan timbalan menteri pendidikan.

Ini juga akan memanfaatkan kira-kira 500 sekolah Tamil di negara ini. Pengalaman luas Nelson dalam mengendalikan institusi pendidikan swasta akan memberi kelebihan kepadanya,kata sumber parti itu kepada FMT.

Kali terakhir MIC memiliki jawatan itu adalah menerusi M Kamalanathan ketika pentadbiran Najib Razak pada 2013.

Nelson, 61, pertama kali dilantik sebagai senator pada November 2021 seterusnya melayakkan beliau memegang jawatan itu selama empat tahun lagi sekiranya dilantik semula selepas penggal pertamanya tamat tahun depan. Beliau juga bekas ketua Pemuda dan bendahari kebangsaan parti.

Ketika dihubungi, Nelson berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada parti dan Anwar, memandangkan pelantikan berkenaan adalah prerogatif perdana menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here