Singkir MCA seperti ‘bermimpi di siang hari’ – Ahmad Zahid

Kuala Lumpur, Feb-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN itu berkata, komitmen gabungan itu sangat jitu dalam mengekalkan rakan parti komponen terasnya iaitu MCA, MIC dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selain parti bersekutu, Friends of BN.

“Kita tidak akan pernah terpengaruh dengan sebarang desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN.

“Tidak pernah (berlaku perbincangan). Hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu berlaku,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan, ada ‘orang luar’ tertentu mencadangkan supaya MCA disingkirkan daripada BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here