Keselamatan Roger Ng dalam bahaya, kata KPN

Kuala Lumpur, Okt 10
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata maklumat perisikan pihak berkuasa mendapati keselamatan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng yang disiasat berkait skandal 1MDB berada dalam bahaya.

Razarudin berkata atas faktor itu pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan di mana lokasi Ng ditahan. Berdasarkan risikan dan kepentingan siasatan kita memutuskan untuk tidak mendedahkan lokasi tahananya di mana.

“Kita lebih tahu (keselamatan Ng) berdasarkan maklumat keselamatan ini lebih daripada dirinya sendiri,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman.

Razarudin juga berkata siasatan terhadap Ng baru bermula dan berharap dia akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Pada Ahad lalu, polis mengesahkan Ng telah tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes tersebut namun lokasinya tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Jumaat lepas, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan tuduhan di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here